Main Pages

Sunday, May 27, 2012

HARI BELIA : Kuliah Agama Di Batalkan, Hiburan Di Teruskan

Sedih beb melihat belia yg seusia lingkungan aku terjebak dgn program maksiat dgn penuh hiburan yg bertopengkan nama Hari Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya. Aku tak salahkan belia-belia yg pergi program tersebut tetapi aku salahkan PM, Najib Razak kerana beliau yg menghalalkan program mksiat ni diadakan..Lebih mendukacitakan kuliah agama Ustaz Azhar Idrus dilokasi dan tarikh  yg sama dibatalkan sebaliknya hiburan mnjijikkan ini diteruskan atas alasan kesesakan trafik...



Adakah K-Pop dapat mnyelesaikan masalah belia hari ini? Jgnlah disebabkan dosa mereka,Engkau turunkan bala kepada kami semua Ya Allah...

Friday, April 13, 2012

FACEBOOK MEDAN KEMPEN PRU-13

2012 merupakan tahun yang paling getir bagi BN untuk mempertahankan majoriti 2/3 di parlimen bagi mereka meneruskan tampuk pemerintahan untuk penggal yang baru. Mempunyai media ala rejim Mubarak sepenuhnya untuk berkempen kali ini, BN tidak mampu mengekang kemaraan rakyat untuk mendapatkan sumber pengetahuan yang sahih tentang keburukan pemerintahan PM, Najib Razak.


Laman Malaysiakini lebih telus dan bebas

Media baru seperti laman Facebook, Twitter , Blog dan sebagainya boleh memberi kesan yang kuat kepada rakyat dalam mempengaruhi sesuatu isu yang melibatkan sesebuah parti,individu ataupun negara. Facebook sedia maklum akan digunakan sepenuhnya sebagai bahan kempen buat pertama kalinya menjelang Pilihanraya Umum ke 13 ini. Bagi rakyat yang kebanyakannya anak-anak muda, media traditional sudah tidak relevan lagi kerana menyiarkan berita-berita yang berat sebelah dan mengampu pemerintah sedangkan ketirisan,kebocoran,penyelewengan kerajaan tidak dilaporkan dengan sahih.


FB page yang menyokong Pakatan Rakyat

Kalau anda melayari laman facebook, banyak 'page facebook' dari organisasi yang menentang kerajaan sepenuhnya berbanding yang menyokongnnya. Tidak dinafikan lagi, rakyat negara ini sudah tidak tahan dengan pemerintahan Najib dan mereka menentang sepenuhnya secara senyap-senyapa dan akhirnya kan diterjemahkan di dalam PRU-13 nanti. Maka tidak hairan pengundi atas pagar akan menyebelahi pembangkang kerana percaya dengan cara menukar kerajaan sahaja ia mampu membaiki segala sistem pemerintah negara ini.