Main Pages

Friday, April 13, 2012

FACEBOOK MEDAN KEMPEN PRU-13

2012 merupakan tahun yang paling getir bagi BN untuk mempertahankan majoriti 2/3 di parlimen bagi mereka meneruskan tampuk pemerintahan untuk penggal yang baru. Mempunyai media ala rejim Mubarak sepenuhnya untuk berkempen kali ini, BN tidak mampu mengekang kemaraan rakyat untuk mendapatkan sumber pengetahuan yang sahih tentang keburukan pemerintahan PM, Najib Razak.


Laman Malaysiakini lebih telus dan bebas

Media baru seperti laman Facebook, Twitter , Blog dan sebagainya boleh memberi kesan yang kuat kepada rakyat dalam mempengaruhi sesuatu isu yang melibatkan sesebuah parti,individu ataupun negara. Facebook sedia maklum akan digunakan sepenuhnya sebagai bahan kempen buat pertama kalinya menjelang Pilihanraya Umum ke 13 ini. Bagi rakyat yang kebanyakannya anak-anak muda, media traditional sudah tidak relevan lagi kerana menyiarkan berita-berita yang berat sebelah dan mengampu pemerintah sedangkan ketirisan,kebocoran,penyelewengan kerajaan tidak dilaporkan dengan sahih.


FB page yang menyokong Pakatan Rakyat

Kalau anda melayari laman facebook, banyak 'page facebook' dari organisasi yang menentang kerajaan sepenuhnya berbanding yang menyokongnnya. Tidak dinafikan lagi, rakyat negara ini sudah tidak tahan dengan pemerintahan Najib dan mereka menentang sepenuhnya secara senyap-senyapa dan akhirnya kan diterjemahkan di dalam PRU-13 nanti. Maka tidak hairan pengundi atas pagar akan menyebelahi pembangkang kerana percaya dengan cara menukar kerajaan sahaja ia mampu membaiki segala sistem pemerintah negara ini.


Wednesday, March 21, 2012

Planet Musytari dan Zuhrah Hampiri Bumi

Salam semua....

Tahukah korang...Planet Musytari dan Zuhrah menari bersama2 di langit barat pada waktu maghrib  di Masjid Ar-Rahimiah Klang...Kejadian ni berlaku pada 19 Mac 2012 baru-baru ni..
2 titik bintang tanda 2 planet Musytari dan Zuhrah