Lain macam je tajuk post di atas ni...mesti korang punyai pendapat yang berbeza.Ada yang suka dan ada pula yang tak suka terutamanya bagi pihak perempuan.Yang paling menyedihkan ada yang tak mahu ambil tahu langsung...Bagi aku politik ni cabangnya luas.Tak semestinya politik ni merujuk kepada sesebuah parti sahaja.Ia lebih menjurus kepada proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.
Itu serba sedikit tentang konsep politik...Berbalik kepada tajuk post di atas,Kenapa aku minat politik?...Ha ni aku nak bagi jawapannya..
Seusia 10 tahun aku telah di dedahkan oleh bapa aku dengan membaca surat khabar.Ketika itu juga la, aku aktif membaca surat khabar seperti Harakah, Utusan, Berita Harian (sekarang dah tak beli utusan,BH,) dan lain-lain lagi. Menonton, menghadiri ceramah, forum,debat dan sebagainya juga mendorong aku lebih ke arah ini.Dari sini aku dapat menilai perjalanan politik di Malaysia ini yang semakin hari semakin mencabar.Selain itu melalui pendedahan ini juga la aku dah mula minat subjek sejarah dan secara tidak langsung aku dapat mengenali pemimpin-pemimpin politik di negara ini.Alhamdulillah subjek sejarah aku mendapat GRED A dalam peperiksaan PMR dan SPM.
rakyat lebih bijak menilai kebenaran sesuatu laporan berita |
Sekarang di usia belia ni, aku lebih menjurus kepada ke arah menyedarkan anak-anak muda mengenai keadaan politik masa kini yang bagi aku memerlukan kekuatan jati diri yang kuat selain memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi..Blog, Facebook, Twitter adalah media baru sebagai wadah untuk menyampaikan maklumat dengan cepat selain ia juga boleh mempengaruhi seseorang itu terdedah kepada politik.Gunalah kecanggihan teknologi maklumat ini untuk kebaikan dan menyampaikan kebenaran.
p/s - Politik itu bagus kerana ia mencorak kematangan kita di masa hadapan...Fikir-fikirkanlah.
7 comments:
politik tak berapa minat la..sbb ramai yg hipokrit..sy suka lg sejarah..
sy xpaksa pun.huhu...kesedaran ttg kebenaran adalah pnting....
waa..gile baguss mude2 minat politik..nih aku arap je belajar politic tapi politic pon ta minat..huhu..bagus2..terus kan minat tuh :)
wan juga suka politik =)
tapi wan tak suka orang yang berada dalam politik Malaysia sekarang ni tak kiralah kerajaan @ pembangkang. banyak isu dalaman.
lebih elok kalau politik mengikut syariat islam kan
gud job..
yes..subject sejarah sgt penting tuk sapa2 yg nak mendalami ilmu politik...we learn from history rite...btw..politic is ours future...xada politik maka ada la pembentukan negara...peace...
YUP POLITIK MMG PENTING UNTUK MASA DPN....
Post a Comment