Main Pages

Sunday, March 13, 2011

Filem 2012 vs Tsunami Jepun



Gambar : Filem 2012

Film "2012" yang di tayangkan pada tahun 2009 mengambil idea cerita tentang akhir zaman (Hari kiamat).Filem yang digarap oleh sutradara Jerman Roland Emmerich itu menjadi kegemparan di dunia untuk menyaksikannya di pelosok pawagam2.Mana tidaknya aku pun pergi jengok juga filem ni di pawagam bersam dengan member2.

Film 2012 berbicara tentang pergeseran bumi secara global yang menimbulkan tanah longsor dan gempa bumi. Bayangkan, gempa bumi di seluruh bumi! Apa yg aku tengok Gempa bumi itu berkekuatan rata-rata di atas 9 dalam skala richter .Hampir sebahagian besar kota-kota besar dunia hancur. Akibatnya, terjadilah tsunami global berupa ombak laut yang tingginya kira-kira 1500 meter. Tak ada satupun permukaan bumi yang selamat dari hempasan tsunami ini, kecuali puncuk tertinggi Gunung Himalaya.


Persoalannya,Apakah benar ini adalah film tentang hari kiamat? Bagi aku Ini adalah film tentang bencana alam, natural disaster, dalam skala yang cukup besar dengan menggunakan teknik CGI (computer generated imagine) yang tinggi.

Tarikh 11 march 2011 yg lalu,Dunia digemparkan dengan negara Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi 4 meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.Bencana berkenaan merupakan yang paling buruk melanda Jepun dalam tempoh lebih 100 tahun.

Apa yang nyata di sini,aku boleh simpulkan bahawa ciptaan manusia dengan ciptaan Allah S.W.T adalah tidak sama kerana ciptaan manusia hanya mengikut kehendak nafsu sahaja berbeza dengan ciptaan yang di tentukan oleh NYA dengan kejadian sangat dasyat dan 'real'yang boleh memusnahkan semua cakerawala ini sebagai petanda bahawa KIAMAT SUDAH TIBA.....

1 comments: