Main Pages

Thursday, April 14, 2011

Patung ' UBAH ' Laris Di Pasaran

Patung mainan burung kenyalang yang dihasilkan oleh DAP Sarawak bagi kempen pilihan raya negeri laris dijual.

Menurut setiausaha publisiti DAP,Tony Pua, patung yang diberi nama “Ubah” dan dihasilkan sebanyak 30,000 itu dijual pada harga RM10 sebuah. Ia kini dilaporkan kehabisan di kebanyakan tempat di seluruh Sarawak.

Comel kan patung 'Ubah' ni
Katanya, parti itu juga menghasilkan 30,000 patung yang lebih besar dan dijual pada harga RM60 sebuah.

“Kami baru bawa bekalan terakhir iaitu sebanyak 300 'Ubah' besar dari Kuala Lumpur. Apabila habis dijual, kita tidak akan hasilkan lagi,” katanya.

Beliau juga berkata terdapat banyak rungutan daripada penyokong DAP yang kecewa kerana tidak dapat membeli patung berkenaan.

“Kami langsung tidak menjangkakan ia begitu laris, jadi kami tidak menghasilkannya dalam jumlah yang besar,” kata Pua (berbaju merah).

Jualan ‘Ubah’ sebegitu laris khususnya ketika DAP mengadakan ceramah-ceramahnya. Penyokong tidak melepaskan kesempatan meminta pemimpin DAP menurunkan tandatangan mereka di paruh maskot itu

Antara yang sering menjadi buruan penyokong adalah tandatangan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang.

p/s - patung ini dinamakan 'Ubah' seiring dengan pendekatan Pakatan Rakyat untuk merubah/menukar kerajaan di peringkat Persekutuan

14 comments:

lalalililulu said...

ubah...comel dan menakutkan...ekekeke :P

Khairul Anuar ( K.A ) said...

~jijiejujue...ubah ni cute la...huhu

lalalililulu said...

cute???
alamakkk..
menakutkan laaa..mulut besar dan panjang :P

Khairul Anuar ( K.A ) said...

haha...baru kelainan sikit..biasa la burung kenyalang..

Syuk Ry said...

oo.. mcm menarik jak ni..

Khairul Anuar ( K.A ) said...

~syuk..tggu apa lagi..p tempah beli la...huhu

nurkass said...

wahhh..
parti pun ada patung..
dahsyat..

Khairul Anuar ( K.A ) said...

~nurkass..biasa la...zaman dah berubh...video lucah pn orang boleh buat seiras dngn seseorang....

dja_amiensukhri said...

comel patung nih.. tapi betul ke dapat selaras dgn konsep UBAH negara?? huhu..

Khairul Anuar ( K.A ) said...

~dja..aptung ni sebagai simbolik isyarat kepada perubahan kerajaan yg baru...

faisal said...

time pilihanraya jual apa pun laku..tapi limited edition laa..

http://faisalapardi.com/

Khairul Anuar ( K.A ) said...

~ faisal...sudah pasti...

sitinurulaieen said...

eh nak satu..comel la..;)

hehe..done following you..(^_____^)

Khairul Anuar ( K.A ) said...

~siti.....nak ke...awk p sarawak..ada la...tp stok dah habis..kuang3