Main Pages

Wednesday, April 6, 2011

Petrol Di Malaysia Mahal?

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab,aku menyarankan agar kerajaan mempertimbangkan semula harga petroleum di Malaysia ini setanding dengan negara pengeluar terbesar minyak iaitu Venezuela yang mengenakan caj $ 0,05 / liter atau RM0.16 sen seliter. Alahai murahnya jika di bandingkan dengan Malaysia.Kalau  tak mampu pun sekurang-kurangnya Malaysia tersenarai dalam ranking top 10 minyak termurah tetapi haram satu pun tak ada.



Yang terbaru kenaikan harga minyak di Malaysia bagi  RON97 ialah RM 2.90 seliter .Murah ke?
Alasan yang diberi adalah harga minyak Malaysia antara yang termurah jika nak dibandingkan dgn Negara-negara lain. Nak tanya anda lagi.Murah ke? Negara mana? Mongolia ke?, Zimbabwe ke?

Bila diumumkan kenaikkan harga petrol.. yg menjadi tukang umum ialah Presiden atau Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM).. Ini dilihat sbg trend terkini yg dilakukan oleh Kerajaan Malaysia pimpinan Najib...memberi gambaran seolah-olah bukan kerajaan yang nak menaikan harga petrol tetapi para-para pengusaha stesen minyak Malaysia.Mana dia Menteri2 yang bertanggungjawab? Media-media yang membisu?

Petroleum Malaysia yang berkualiti di eksport ke luar negara walhal rakyat kita yang hanya cukup makan ni majoritinya menggunakan RON95 yang bagi aku sesuai untuk kegunaan mesin rumput ja...Itu pun masih mahal lagi..

Berikut adalah Negara Pengeluar Minyak Termurah di Dunia (Singapore bukan negara pengeluar)

1. Venezuela - $ 0,05 / liter atau RM0.16 sen seliter
2. Turkmenistan – $ 0.08/liter atau RM 0.26sen seliter
3. Nigeria - $ 0.10/liter atau RM0.33sen seliter
4. Iran – $ 0.11/liter atau RM0.36 sen seliter
5. Arab Saudi – $ 0.12 liter atau RM0.39 sen seliter
6. Libya - $ 0.14 liter atau RM0.46sen seliter
7. Kuwait - $ 0.21 /liter atau RM0.69 sen seliter
8. Qatar - $ 0.22/liter atau RM0.72 sen seliter
9. Bahrain – $ 0.27/liter atau RM0.89 sen seliter
10. United Arab Emirates – $ 0.37/liter atau RM1.22sen seliter
 Malaysia - ???

Aku ada pantun untuk anda :

Merempit-rempit ke hulu,
Menunggang langgang ke Medan,
Harga RON97 sudah naik dahulu,
Harga RON95 akan naik kemudian

15 comments:

Azlan Strider said...

haha..betul2..sokong entry ko nie..minyak kita yg bagus tu bg laa rakyat malaysia guna jugak..ni yang kaya-raya jer dpt rasa minyak yang berkualiti..yang miskin pakai laa minyak murah..isk..isk..

Khairul Anuar ( K.A ) said...

nasib bek otak ko macam aku gak..

Baharum said...

aku pon dha naik mnyampah bile krajaan slalu je ckp hrga minyak kite mngikut psaran dunia.. so knaikan hrga xleh nak dielakkan... dr dulu smpe skrg, tu je la alasan dorg

Khairul Anuar ( K.A ) said...

tu la pasal..alasan nk kencing rakyat..ingat rakyat bodoh kot...

Abang Long said...

Salam...agak2 komplen kita di blog ni kerajaan nak dengar ke?

Khairul Anuar ( K.A ) said...

kerajaan tidak akan mendengar,tetapi blog adalah medium maklumat kepada anak2 muda..

NuSaNa NoSa 91 said...

klu harga petrol naik, semua brg naik harga.. tp ada 1 brg je yg xnaik2 harga sejk dulu.. apa dia?? he3~ ^_^

Miecyber said...

Kerajaan Malaysia menindas rakyatnya...

Serangga menu utama masa depan

Azwa Mohamad said...

nasib baik Miz tak pakai kete or motor, guna public transport je... ;)

Khairul Anuar ( K.A ) said...

@miz...lama2 nanti kita akan guna juga keta moto..smpai bila nk mgharap public transport..

@miecyber..btoi tu...

@nusana..brg pe..???k.a xtaw...

Liza @ Adzriel AB said...

sangat sedih dgn majunya harga minyak sekarang.

Khairul Anuar ( K.A ) said...

apa boleh buat, kita hnya rakyt biasa..tiba pilihanraya,kita kena tukar kerajaan...ubah sekarang!

NuSaNa NoSa 91 said...

jeng3~ barangnya ialah jam tgn yg harga RM10 tu.. dr keen kecil, sama je harga dia.. kn2?? ^_^

Unknown said...

haha..kenaikan minyak ni saja nk wat kenaikan darah apik mendadak..hehe

Khairul Anuar ( K.A ) said...

@nusana..haha...mcm2 toi.ingt ape td..